KEKADANG kita terasa amat
longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar.
Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan
yang besar, memang jauh sekali. Kita ni kalau tidak disuntik dengan kata-kata
perangsang sesekali, memang bertambah-tambah la malasnya.
Jadi bacalah koleksi kata-kata hikmah ‘Motivasi’ di bawah. Semoga semangat anda pulih seperti sediakala.
Semoga semangat juang anda kembali segar. Semoga anda mendapat hikmah dan
kebaikan daripadanya. Agar jiwa anda kembali kental. Agar jiwa anda
kembali bersemarak. Seolah seseorang yang baru sahaja menghabiskan segelas
air sejuk selepas dahaga yang amat sangat.
1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang
dapat menguasai dirinya sendiri.
2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang
kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih
tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah &
hadapilah.
5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa,
kerana anda masih mempunyai masa depan.
6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan
tidak akan mengenal kemanisan.
7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang
dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai
dengan minatnya.
8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup.
Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke
mana-mana.
10. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara
daripada musuhnya sendiri.
11. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja
cabaran yang datang.
12. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi
itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
13. Anda tidak akan berasa penat sekiranya
melakukan perkara yang anda suka.
14. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran
kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu
inginkan
15. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan
pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16. Seseorang menganggap ujian sebagai batu
penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,
tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
18. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai
dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
19. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan
mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.
No comments:
Post a Comment